Doa Taubat  

Posted by h-hafizal in

Doa Taubat..
saja aku x to wat pa..
so aku wat video yang aku rasa ada paedah ni..
sekurangnya x dak aku duk wat benda2 yang bleh kurangkan pahala posa aku...
Lagi pun... rasa cepat sangat ramadhan berlalu.. sedih plak..
tapi raya pun best gak... cuma sayu sket.. x banyak amal yg sempat buat...
sama ja ka aku taun ni ngan taun lepas...
apapun.... dah nak raya ni... oye oye...
layan clip bawah ni.. nyanyian pelajar Madrasah Al Junied Al Islamiah
(kalau x silap aku la)
bleh nangis weiiii... mendayu2....
aku dah aplot kat youtube



Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar

Ando 1st Goal!! Bravo!! Bravo!!  

Posted by h-hafizal in , ,

1-3 at White Hart Lane
Jermain Defoe put Spurs ahead inside a minute
Ryan Giggs' strike in the 58th minute continued his incredible goalscoring record. He remains the only player to have scored in every Premier League season.

Ando finally break his goalscoring duck after 78 competitive matches



Rooney's goal came 12 minutes from full-time.
Ok Bye!!

Nasihat Syeikh Abdulkadir Al Jailani  

Posted by h-hafizal in

Asslamualaikum...
Pesanan dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Al-Fatihah  

Posted by h-hafizal in

Assalamualaikum..
Dalam kesibukan dan kegembiraan aku tempuhi
Ramadhan mulia ni..
tetiba dikejutkan dengan berita perginya ke rahmahtullah
seorang rakan sekolah dan asrama
semasa belajar dulu....

Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Nor Azhar Ramli
semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

Keratan akhbar ni keratan sehari sebelum jenazah dijumpai..
aku tulis blog ni pun masa baru lepas balik dari
selesai sempurnakan jenazah..

Agak terharu... perginya beliau di bulan Ramadhan yang mulia ni...
moga arwah dimuliakan disisi Ilahi seperti mulianya bulan ini....
moga moga juga kita yang masih diberi peluang untuk menghirup udara dunia Allah ini
sentiasa mengambil pengajaran dan iktibar kerana kita tidak selama lamanya
akan hidup didunia ini....

teringat post aku yang lepas ada aku tuliskan pesanan dari
Ibrahim bin Adham Rahimahullah...

"Kamu sering mengubur orang mati, tetapi kamu tidak pernah mengambil pelajaran darinya"

Al-Fatihah

Pendedahan Eksklusif...  

Posted by h-hafizal in , ,

0149443141..
bulan posa pun jadik keja..
pedaje member2...
nyaris2 aku terkena skali...
kaliham tui la mamat unta baghal sekoq ni...
tapi yang aku syoknya!!!
nak tuju orang len kena orang len...
kesian kat anak mahboob.. sampai esok tu mai umah aku
baru dia tau siapa sebenarnya manusia durjana tu....
yang selamatnya mamu... tu pun jangan..
dah caya dah dia mula2... kesian...
ikutilah luahan rasa mamu dan apit..

pancing punya pancing...
ayat punya ayat... last tertewas gak beruk makye sekoq tu...
tu pun x mo ngaku gak... dia tuduh mat arip lisukun nya keja...
musib....
nak tau sapa sapa punya tahana semua ni..
ni dia!!!!
kaliham ni pun ada blog... so... klik kat gambaq dia kat bawah ni..
boleh angpa kenai dia dengan lebih lanjut...
Hati-hati.. dia ni bahaya!!!!

Ni la keja kokooit sorang ni...
pedaje member.. pedaje member...
PEDAJE MEMBER!!!!!
ang ingat!!! kami semua tengah planning baiknya skang..
prank besar besaran pasni...
hahahahaahah!!!!!!

Kurang pahala posa aku ari ni....sieeee

9W2OWO  

Posted by h-hafizal in ,

Salam,
9W2OWO
Nine Whiskey Two Oscar Whiskey Oscar..
Akhirnya!!!.... Banyak sungguh rintangan....
Dari hujung 2007... Bayar duit exam RAE..
Tapi clash ngan competition robot kat Singapore..
Burn 50 Hinggit!!!!!! Cobaan....
24 June 2008 aku exam kat USM Nibong Tebal
rasa cam kantoi dah... banyak gak yg kantoi x leh jawab..
tapi memandang soklan objektif...
apa lagik... Dadu ar!!!!
tengok2 LULUS!!!! kali ni bukan cobaan....
start dari situ lar... duk nak wat.. nak wat... nak wat...
x wat2..
setahun lebih duk tangguh!!!!
akhirnya Jumaat lepas siap!!!
dapat la callsign aku 9W2OWO..
walaupun ni sebenarnya pilihan ke-3 aku...
tapi.. hentam saja la... asal ada..
dah setahun lebih tangguh... dah nak xpired date dh...
kalau tak...buat exam balik la jawabnya....

Pada mmber yang dah lama main radio ni.. harap2 dapat ar
bagi tunjuk ajar!!!

Sekian,
Salam Perkenalan dari 9W2OWO.. heheh
aicehhh... cewi btui!!!!!

Kartika, Oh Kartika! by Dr Mujahid Yusof Rawa  

Posted by h-hafizal in

Article from The Malaysian Insider by Dr Mujahid Yusof Rawa

SEPT 1 – Ramadan kali ini agak berbeza dengan sebelumnya, berbeza pada saya ialah apabila pada empat hari pertama Ramadan saya bertungkus lumus di Permatang Pasir bagi memenangkan calon kita dari Pas dan Pesuruhjaya saya yang diberi amanah menggalas tanggungjawab mempertahan satu-satunya kubu kuat Pas di Pulau Pinang.

Selalunya menjelang Ramadan saya akan mengurangkan aktiviti politik dan lebih tertumpu kepada pembinaan jiwa dan muhasabah diri bersempena dengan puasa wajib yang dilalui oleh umat Islam. Maklumlah muhasabah diri memerlukan ketenangan dari hiruk pikuk dan hingar bingar rentak politik yang kadang-kadang menjadikan jiwa yang lembut “keras”.

Semasa waktu berkempen di Permatang Pasir sembahyang Tarawih pun tergesa-gesa, tak sempat mendengar Tazkirah Ramadan apatah lagi menghayati bacaan Al Quran yang meruntun jiwa. Tetapi walaupun demikian saya tidak kesal dengan empat hari Ramadan yang berlalu dalam “pertarungan politik” di Permatang Pasir kerana saya yakin keberadaan saya dalam kancah PRK baru-baru ini adalah medan jihad, medan dakwah dan medan tarbiyah dan yang paling utama ialah medan ukhuwah yang menjadi benteng kekuatan perjuangan Islam yang saya yakini.

Read More at The Malaysian Insider

Lagi Nasihat Ibrahim bin Adham Rahimahullah..  

Posted by h-hafizal in

Assalamualaikum...
Ibrahim bin Adham, pernah ditanya tentang firman Allah ta'ala dalam Surah Ghafir ayat 60
(Adakalanya disebut surah Al Mu'min)yang artinya, "Berdoa'alah kepada-Ku niscaya Aku akan mengabulkan do'a kalian." Mereka mengatakan, "kami telah berdoa kepada-Nya namun belum juga dikabulkan". Lalu beliau menjawab,
"Karena hatimu telah mati dengan sebab sepuluh perkara...
  1. Kamu telah mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  2. Kamu telah membaca kitab Allah tetapi kamu tidak mengamalkannya.
  3. Kamu mengatakan bermusuhan dengan syaitan, tetapi kenyataannya kamu setia dengannya.
  4. Kamu mengaku cinta Rasulullah S.A.W tetapi kamu meninggalkan sunnah-sunnah-Nya.
  5. Kamu mengaku cinta syurga, namun kamu tidak melakukan amalan-amalan ahli syurga.
  6. Kamu mengaku takut neraka, tetapi kamu tidak mau meninggalkan perbuatan dosa.
  7. Kamu mengatakan bahawa kematian itu adalah benar adanya, tetapi kamu tidak bersiap-siap untuk kematian itu.
  8. Kamu sibuk mencari aib orang lain sedang aibmu sendiri tidak kamu perhatikan.
  9. Kamu telah makan dari rezeki-Nya namun kamu tidak pernah bersyukur kepada-Nya.
  10. Kamu sering mengubur orang mati, tetapi kamu tidak pernah mengambil pelajaran darinya.
Untuk renungan bersama...
Sekian,
Assalamualaikum...

Berita Hairan...  

Posted by h-hafizal in

Assalamualaikum...
Tensen jgak bila dengaq minyak nek...
letih ar cam ni... kira abih duit buh minyak ja tiap2 ari..
deret nek ja minyak ni... sat aku nek minyak sat g...
tapi memandangkan bulan posa...
x berapa nak memaki sangat ar...
buat2 buat syok minyak nek!!!!!
yea!!! yea!!!
Horay!!! Horay!!!

Minyak Nek!!!! Cekik Darah!!!!!

memang betui syokkan minyak naik... x caya baca berita kat bawah yang aku
dapat email td... Berita Hairan... bukan Harian...
Berita Hairan!!

Kuala Lumpur, 1 Sept - Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.00/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.

Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari hari lamanya.

Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,"Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna".

Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, "Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas."

Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, "Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin."

Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, "Tak payah interview saya .... Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi."

Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh, berkata,"Bahasa Malaysia , shaya tak tau shakap. Bos shakap 'Merah','Hizau' minyak lama, 'kuning' minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh."

Petikan:
Email sapa ntah yg difwd kan kat aku.. sapa la yg rajin bebenor tulih... anyway... tergelak gak aku... x jadi nak marah minyak nek!!!!

Nasihat Ibrahim Bin Adham Rahimahullah..  

Posted by h-hafizal in

Assalamualaikum..
Hari ni saja nak share tazkirah yang aku dengaq selasa malam lepas kat Masjid Permatang Janggus....Tazkirah dari Ustaz Mohd Raduan Ramli..Menusuk ke hati.. berde'bush'.. berdebaboom...satu satu macam kena atas dahi.. atas muka.. semua ar..
kena sebijik..2 bijik.. 3 bijik.. kena kat aku...
terkedu aku dengar cerita tentang nasihat Ibrahim bin Adham...

Sapa? Sapa Ibrahim bin Adham Rahimahullah???aku pun balik dan meng'google'kan diri...
memang Ustaz Raduan dah ada terang sikit.. siapakah Ibrahim bin Adham Rahimahullah..
Diriwayatkan bahawa beliau adalah seorang Sufi yang terkenal, zuhud dan warak...

Kat sini bukanlah cerita mengenai siapa Ibrahim bin Adham Rahimahullah yang aku nak share ngan semua... aku nak share tentang nasihat dari beliau yang ada Ustaz Raduan sebut malam tu....

Ada seorang yang datang kepada Ibrahim bin Adham rahimahullah lalu berkata kepadanya, "Wahai Ibrahim! Sesungguhnya aku telah berbuat zalim kepada diriku, (gemar berbuat maksiat) maka tunjukkanlah kepadaku sesuatu yang dapat menahan dan menyelamatkanku".

Lalu Ibrahim berkata, "Jika Anda menerima lima hal dan mampu untuk melakukannya, maka tidak apa-apa Anda berbuat maksiat." Ia berkata,"Tunjukkanlah, wahai Ibrahim!" Beliau menjawab,

"Yang pertama, jika Anda ingin berbuat maksiat kepada Allah, maka janganlah makan (dari) rezeki-Nya."

Ia berkata,"Darimana aku makan? Sementara semua yang ada di bumi adalah rezeki-Nya?."Ibrahim berkata, "Wahai fulan, bolehkah Anda memakan rezeki-Nya sedang Anda berbuat maksiat kepada-Nya?." Ia menjawab, "Tidak, lalu tunjukkanlah yang kedua."

Ibrahim berkata,

"Jika Anda ingin berbuat maksiat kepada-Nya, maka janganlah tinggal di daerah mana saja dari bumi-Nya."

Ia berkata, "ini lebih besar lagi, lalu dimana aku akan tinggal?." Ibrahim berkata, "Wahai fulan, bolahkah bagi Anda untuk makan dari rezeki-Nya duduk bahagian dari bumi-Nya sedang Anda berbuat maksiat kepada-Nya?" Dia menjawab, "Tidak! tunjukkan yang ketiga."

Ibrahim berkata,

"Jika Anda ingin berbuat maksiat kepada-Nya, makan dari rezeki-Nya, dan bertempat di bumi-Nya, maka carilah sebuah tempat yang tidak dilihat oleh Dia, lalu berbuatlah maksiat disitu."

Dia menjawab, "Wahai Ibrahim, bagaimana hal itu terjadi sedang Dia mengetahui segala apa yang tersembunyi dalam hati?." Ibrahim berkata, "Wahai fulan, bolehkah bagi Anda untuk makan dari rezeki-Nya, tinggal di bumi-Nya, dan berbuat maksiat kepada-Nya, sedang Dia melihatmu dan mengetahui kemaksiatan yang kamu buatkan?." Ia menjawab, "Tidak! lalu tunjukkan yang keempat."

Ibrahim berkata,

"Jika malaikat maut datang untuk mencabut nyawamu maka katakanlah kepadanya, 'tundalah dahulu sampai aku bertaubat dengan sebenarnya dan beramal soleh'."

Ia menjawab, "Dia tidak akan mau menerima hal itu dariku." Ibrahim berkata, "Wahai fulan, jika Anda tidak mampu menolak kematian Anda agar dapat bertaubat lebih dulu dan Andapun mengetahui bahawasanya jika kematian itu datang Anda tidak mampu mengundurkannya, lalu bagaimana Anda menginginkan kebebasan?" Ia berkata, "Tunjukkan yang kelima."

Ibrahim berkata,

"Apabila pada hari kiamat malaikat Zabaniyah datang kepada Anda untuk melemparkan Anda kedalam neraka, janganlah pergi bersamanya."

Ia menjawab, "mereka tidak akan meninggalkanku, tidak akan mau menerima permintaanku." Ibrahim berkata, "kalau demikian, bagaimana Anda mengharap selamat?". Ia berkata, "wahai Ibrahim, cukup! cukup! Aku akan beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya. Dia lalu benar-benar bertaubat kepada Allah dan akhirnya dia beristiqomah dalam beribadah dan menjauhi segala kemaksiatan sampai ia meninggal dunia.

Dipetik dari: Sumber 44 Renungan Makna Hidup, Ahmad al Utsman, Pustaka Elba dan Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Raduan Ramli,11 Ramadhan,Masjid Permatang Janggus

Itula serba sedikit 5 nasihat yang diberi oleh Ibrahim bin Adham Rahimahullah... Bak kata Ustaz Mohd Raduan... " Kalau hampa semua rasa mampu buat salah satu dari 5 perkara kat atas... buat la maksiat... buat la suka hati mak bapak hampa (mak bapak tu aku yang tambah.. dia x kata cam tu pun..) buat la.. x dak sapa nak halang!!!

Sekian..
Sama sama kita renungkan....
Assalamualaikum....

Indonesia Earthquake!!!  

Posted by h-hafizal in

2 September 2009
Gempa yang berlaku kurang dari 200 kilometer selatan Jakarta
7.4 Skala Ritcher!!!

Semua ini adalah peringatan Allah kepada kita yang sering lupa akan kebesaranNya
Moga-moga kita sentiasa berharap belas kasihan Allah dalam memberi perlindungan kepada kita

Hasbunallah Wani'mal Wakil
(Cukup Allah bagiku dan Dialah sebaik-baik pelindung)



Moga moga dengan keberkatan bulan Ramdhan ini sama sama lah kita berdoa agar Allah melindungi negara Malaysia tanah air kita ini dan juga negara negara Islam yang lain..

"Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan dengan sesuatu dan ia mengutamakan aku dari banyaknya makhluk"

Khas Untuk Mamu.. Kata Terdesak???  

Posted by h-hafizal in

Assalamualaikum..
Mamu aku post ni khas untuk hang...
dengaq kata ang dah terdesak sangat!!!
hahahah!!! jangan marah!!!!
tak dak la.. kurang2 aku post ni
bleh sama2 share... benda baik x leh simpan sorang2..

[1]
Surah Toha ayat 131 dan 132
Click the image to enlarge:
Ertinya:Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan 'akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa.

[2]
Surah Al-Furqan ayat 74
Click the image to enlarge:
Ertinya:Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

[3]
Surah Al-Anbiya' ayat 89
Click the image to enlarge:
Ertinya:Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya 'ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik.


Amacam mamu ok?.. tapi banyak lagi ar sebenaqnya...
cuma aku lupa la.. aku cuba duk ingat ayat yang Ustaz Azham ngan Ustaz Subri sebut tu
tapi x ingat gak... lain kali la...
x kan dah terdesak sangat dah kot????
hehehhe.....
dah ar tu... tapi ni bukan untuk main2... share ni untuk sama2
beramal dan dapat manfaat.. bukan tujuannya disini untuk permainkan ayat Al-Quran..

gelak..gelak gak.. tapi ni benda betul2...
InsyaAllah...

Sekian...
Assalamualaikum...

AddThis

Share |