Nasihat Ibrahim Bin Adham Rahimahullah..  

Posted by h-hafizal in

Assalamualaikum..
Hari ni saja nak share tazkirah yang aku dengaq selasa malam lepas kat Masjid Permatang Janggus....Tazkirah dari Ustaz Mohd Raduan Ramli..Menusuk ke hati.. berde'bush'.. berdebaboom...satu satu macam kena atas dahi.. atas muka.. semua ar..
kena sebijik..2 bijik.. 3 bijik.. kena kat aku...
terkedu aku dengar cerita tentang nasihat Ibrahim bin Adham...

Sapa? Sapa Ibrahim bin Adham Rahimahullah???aku pun balik dan meng'google'kan diri...
memang Ustaz Raduan dah ada terang sikit.. siapakah Ibrahim bin Adham Rahimahullah..
Diriwayatkan bahawa beliau adalah seorang Sufi yang terkenal, zuhud dan warak...

Kat sini bukanlah cerita mengenai siapa Ibrahim bin Adham Rahimahullah yang aku nak share ngan semua... aku nak share tentang nasihat dari beliau yang ada Ustaz Raduan sebut malam tu....

Ada seorang yang datang kepada Ibrahim bin Adham rahimahullah lalu berkata kepadanya, "Wahai Ibrahim! Sesungguhnya aku telah berbuat zalim kepada diriku, (gemar berbuat maksiat) maka tunjukkanlah kepadaku sesuatu yang dapat menahan dan menyelamatkanku".

Lalu Ibrahim berkata, "Jika Anda menerima lima hal dan mampu untuk melakukannya, maka tidak apa-apa Anda berbuat maksiat." Ia berkata,"Tunjukkanlah, wahai Ibrahim!" Beliau menjawab,

"Yang pertama, jika Anda ingin berbuat maksiat kepada Allah, maka janganlah makan (dari) rezeki-Nya."

Ia berkata,"Darimana aku makan? Sementara semua yang ada di bumi adalah rezeki-Nya?."Ibrahim berkata, "Wahai fulan, bolehkah Anda memakan rezeki-Nya sedang Anda berbuat maksiat kepada-Nya?." Ia menjawab, "Tidak, lalu tunjukkanlah yang kedua."

Ibrahim berkata,

"Jika Anda ingin berbuat maksiat kepada-Nya, maka janganlah tinggal di daerah mana saja dari bumi-Nya."

Ia berkata, "ini lebih besar lagi, lalu dimana aku akan tinggal?." Ibrahim berkata, "Wahai fulan, bolahkah bagi Anda untuk makan dari rezeki-Nya duduk bahagian dari bumi-Nya sedang Anda berbuat maksiat kepada-Nya?" Dia menjawab, "Tidak! tunjukkan yang ketiga."

Ibrahim berkata,

"Jika Anda ingin berbuat maksiat kepada-Nya, makan dari rezeki-Nya, dan bertempat di bumi-Nya, maka carilah sebuah tempat yang tidak dilihat oleh Dia, lalu berbuatlah maksiat disitu."

Dia menjawab, "Wahai Ibrahim, bagaimana hal itu terjadi sedang Dia mengetahui segala apa yang tersembunyi dalam hati?." Ibrahim berkata, "Wahai fulan, bolehkah bagi Anda untuk makan dari rezeki-Nya, tinggal di bumi-Nya, dan berbuat maksiat kepada-Nya, sedang Dia melihatmu dan mengetahui kemaksiatan yang kamu buatkan?." Ia menjawab, "Tidak! lalu tunjukkan yang keempat."

Ibrahim berkata,

"Jika malaikat maut datang untuk mencabut nyawamu maka katakanlah kepadanya, 'tundalah dahulu sampai aku bertaubat dengan sebenarnya dan beramal soleh'."

Ia menjawab, "Dia tidak akan mau menerima hal itu dariku." Ibrahim berkata, "Wahai fulan, jika Anda tidak mampu menolak kematian Anda agar dapat bertaubat lebih dulu dan Andapun mengetahui bahawasanya jika kematian itu datang Anda tidak mampu mengundurkannya, lalu bagaimana Anda menginginkan kebebasan?" Ia berkata, "Tunjukkan yang kelima."

Ibrahim berkata,

"Apabila pada hari kiamat malaikat Zabaniyah datang kepada Anda untuk melemparkan Anda kedalam neraka, janganlah pergi bersamanya."

Ia menjawab, "mereka tidak akan meninggalkanku, tidak akan mau menerima permintaanku." Ibrahim berkata, "kalau demikian, bagaimana Anda mengharap selamat?". Ia berkata, "wahai Ibrahim, cukup! cukup! Aku akan beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya. Dia lalu benar-benar bertaubat kepada Allah dan akhirnya dia beristiqomah dalam beribadah dan menjauhi segala kemaksiatan sampai ia meninggal dunia.

Dipetik dari: Sumber 44 Renungan Makna Hidup, Ahmad al Utsman, Pustaka Elba dan Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Raduan Ramli,11 Ramadhan,Masjid Permatang Janggus

Itula serba sedikit 5 nasihat yang diberi oleh Ibrahim bin Adham Rahimahullah... Bak kata Ustaz Mohd Raduan... " Kalau hampa semua rasa mampu buat salah satu dari 5 perkara kat atas... buat la maksiat... buat la suka hati mak bapak hampa (mak bapak tu aku yang tambah.. dia x kata cam tu pun..) buat la.. x dak sapa nak halang!!!

Sekian..
Sama sama kita renungkan....
Assalamualaikum....

This entry was posted on Thursday, September 3, 2009 at Thursday, September 03, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment

Post a Comment

AddThis

Share |