Al-Fatihah  

Posted by h-hafizal in

Assalamualaikum..
Dalam kesibukan dan kegembiraan aku tempuhi
Ramadhan mulia ni..
tetiba dikejutkan dengan berita perginya ke rahmahtullah
seorang rakan sekolah dan asrama
semasa belajar dulu....

Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Nor Azhar Ramli
semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

Keratan akhbar ni keratan sehari sebelum jenazah dijumpai..
aku tulis blog ni pun masa baru lepas balik dari
selesai sempurnakan jenazah..

Agak terharu... perginya beliau di bulan Ramadhan yang mulia ni...
moga arwah dimuliakan disisi Ilahi seperti mulianya bulan ini....
moga moga juga kita yang masih diberi peluang untuk menghirup udara dunia Allah ini
sentiasa mengambil pengajaran dan iktibar kerana kita tidak selama lamanya
akan hidup didunia ini....

teringat post aku yang lepas ada aku tuliskan pesanan dari
Ibrahim bin Adham Rahimahullah...

"Kamu sering mengubur orang mati, tetapi kamu tidak pernah mengambil pelajaran darinya"

Al-Fatihah

This entry was posted on Wednesday, September 9, 2009 at Wednesday, September 09, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment

Post a Comment

AddThis

Share |